Minggu, 06 Oktober 2013

Perjalanan Singkat Ibadah Haji Nabi Muhammad SAW


اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
. 
Diriwayatkan dari Ja’far bin Muhammad dari bapanya dia berkata, “Daku meminta kepada Jabir bin Abdillah untuk menceritakan tentang haji Rasulullah .”

Dia (Jabir) berkata, “Sesungguhnya Rasulullah tidak mengerjakan haji selama sembilan tahun. Baginda dibenarkan pada tahun kesepuluh. Pada tahun itu Baginda melakukan haji dan orang ramai berangkat ke Madinah. Mereka semua ingin menunaikan haji bersama Rasulullah dan mengikuti apa yang dilakukannya.

Kemudian kami keluar bersamanya sampai kami tiba di Zul Khulaifah. Di sana, Rasulullah solat di masjid lalu naik ke Al-Qashwa` (nama unta Nabi). Jika untanya selari dengan jemaah, daku boleh melihat sejauh pandangan daku orang yang berada di depannya, baik yang berjalan, yang di sebelah kanan, sebelah kiri maupun belakangnya.

Kemudian Baginda bertalbiah dengan suara nyaring sambil melafazkan kalimah tauhid, “Ya Allah! daku memenuhi panggilanmu, tiada sekutu bagi-Mu. Segala puji, nikmat, dan kuasa hanya milik-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu.”
.
Rasulullah terus bertalbiah. Ketika kami tiba di Kaabah, Baginda sedang mengusap Rukun Yamani. Lalu Baginda berlari perlahan tiga pusingan diikuti dengan sambung berjalan. Kemudian Baginda berhenti di Maqam Nabi Ibrahim, lalu membaca:
وَٱتَّخِذُوا۟ مِن مَّقَامِ إِبْرَٰهِۦمَ مُصَلًّۭى
“Dan jadikanlah sebahagian Maqam Ibrahim sebagai tempat solat.” (Al-Baqarah: 125)

Kemudian Baginda solat dua rakaat dan kembali ke Rukun Yamani lalu mengusapnya.

Baginda keluar melalui pintu menuju ke Bukit Shafa. Ketika berada berhampiran dengan Bukit Shafa, Rasulullah membaca,
إِنَّ ٱلصَّفَا وَٱلْمَرْوَةَ مِن شَعَآئِرِ ٱللَّهِ
“Sesungguhnya Shafa dan Marwah termasuk syiar Allah.” (Al-Baqarah: 158)

Sambil berkata “Mulakan dengan apa yang bermula Allah (dari Shafa kemudian ke Marwah)”. Kemudian Baginda mulai dari Shafa dan Baginda naik ke bukit hingga Baginda dapat melihat Kaabah. Lalu Baginda menghadap ke Kiblat kemudian mengesakan Allah (membaca tauhid) dan mengagungkannya (bertakbir). Lalu Baginda membaca, “Tiada Tuhan selain Allah, tiada sekutu baginya. Ia menepati janji-Nya, menolong hambanya, dan mengalahkan musuh sendirian.”

Lalu Baginda turun ke Marwah, hingga kedua kakinya terjerumus di lembah. Ketika kami naik kita Baginda berjalan sampai Marwah. Di Marwah, Baginda juga melakukan apa yang dilakukan di Shafa. Dan pada akhir Tawaf di Marwah, Baginda berkata, “Seandainya daku menghadapi urusanku yang telah daku tinggalkan, maka daku tidak akan memandu unta, nescaya daku akan menjadikannya umrah.”

Lalu Saraqah bin Malik bin Ju’tsam berkata, “Ya Rasulullah! Apakah ini kita lakukan hanya untuk tahun ini saja, ataukah untuk selama-lamanya?” Rasulullah menggumpal jarinya lalu berkata, “Tidak untuk tahun ini saja, tetapi untuk selama-lamanya!”

Pada waktu itu, Ali tiba dari Yaman dengan menunggang unta Rasulullah . Kemudian ia mencari Fatimah termasuk orang yang ikut berhenti. Dia berpakaian dengan baju yang dicelup dan memakai celak. Ali tidak bersetuju dengan semua itu. Lalu Fatimah menjawab, “Bapaku memerintahkanku seperti ini.”

Lalu Nabi berkata kepada Ali, “Apa yang kamu katakan ketika kamu diwajibkan melakukan haji?” Ali menjawab, “Daku mengatakan, Ya Allah! Daku bertahlil (beribadah) sebagaimana Rasul-Mu bertahlil.” Nabi kemudian berkata, “Sesungguhnya daku mempunyai tunggangan, maka janganlah kamu berhenti / singgah.”

Pada waktu itu, orang yang bersama Ali dari Yaman dan yang bersama Nabi mecapai seratus orang.

Maka semua orang berangkat dan menqashar solat kecuali Nabi dan yang membawa tunggangan.

Ketika pada hari Tarwiyah (8 Zulhijjah) mereka semua menuju Mina dan mula melaksanakan ibadah haji. Rasulullah kemudian turun, lalu Solat Zuhur, Asar, Magrib, Isyak, dan Subuh bersama mereka.

Kemudian rehat sebentar sampai terbit matahari. Rasulullah memerintahkan untuk membuat khemah dengan mencacakkan tiang di Namirah (dekat Arafah, tetapi tidak termasuk kawasan Arafah). Orang Quraisy tidak pernah ragu-ragu, cuma mereka pasti berhenti di Masy’ar Al-Haram (pertengahan Muzdalifah), sebagaimana yang kaum Quraisy lakukan pada Zaman Jahiliah. Kerana itulah, Rasulullah mengizinkan hingga tiba di Arafah. Pada waktu itu, Baginda telah mendirikan khemah di Namirah dan Baginda tinggal di situ.

Ketika matahari condong, Rasulullah menunggang Al-Qashwa` (unta Nabi) kemudian Baginda mendatangi lembah lalu berkhutbah kepada orang ramai: “Sesungguhnya darah kamu dan harta kamu haram, sebagaimana keharaman harimu ini, keharaman bulan ini dan keharaman tempat ini.”

Bukankankah semua masalah Jahiliah diletakkan di bawah kakiku (dimusnahkan), darah Jahiliah juga diletakkan di sana. Darah yang pertama kali daku letakkan adalah darah Rabi’ah bin Al-Harits. Pada waktu itu, ia disusukan di Bani Sa’ad, lalu ia dibunuh. Di samping itu, riba kaum Jahiliyah juga telah diletakkan di bawah kakiku. Riba pertama yang diletakkan adalah riba Abbas bin Abi Talib. Semua ribanya telah diletakkan (dimusnahkan).

“Bertakwalah kepada Allah pada masalah yang berkaitan dengan perempuan. Kerana kamu mengambil mereka dengan amanat dari Allah, engkau menghalalkan mereka, kemaluan mereka dengan kata: “Allah!”. Dan jangan sampai mereka membolehkan seseorang yang kamu tidak sukai mengganggu katilmu. Jika mereka melakukannya, maka pukullah mereka dengan pukulan yang tidak menyakitkan dan engkau berkwajiban untuk memberikan makan dan pakaian kepada mereka dengan baik.”

“Daku telah meninggalkan kepada kamu sesuatu yang tidak akan menjadikan kamu tersesat selepasnya Jika kamu berpegang teguh padanya, iaitu kitab Allah dan pertanyaan kamu tentangku (hadits). Lalu bagaimana pendapat kamu?”

Mereka menjawab, “Kami bersaksi bahawa engkau telah menyampaikan risalah, engkau telah melaksanakan tugas dan memberikan nasihat.”

Lalu Baginda bersabda, dengan jari telunjuk menunjuk ke langit kemudian diarahkan kepada orang-orang, “Ya Allah! Ssaksikanlah.” Baginda mengulangnya sebanyak tiga kali.

Kemudian Rasulullah menunggang unta hingga tiba di persinggahan. Baginda mengarahkan untanya menuju padang pasir, lalu meletakkan tali kambing di hadapannya dan menghadap kiblat. Baginda tinggal di situ sehingga matahari tergelincir ke barat dan warna kekuningan serta lenyap lengkungannya. Selepas itu, Baginda membonceng Usamah di belakangnya.

Rasulullah kemudian berangkat dengan mengekang tali kekang unta sehingga kepala unta menyentuh pahanya (kerana kuatnya Nabi menahan unta) dan berkata dengan mengangkat tangan kanannya, “Tenang, tenang! Wahai saudara-saudara.”

Setiap kali Rasulullah menemui gunung, Baginda melambatkan perjalanan sehingga Baginda tiba di Muzdalifah. Lalu Baginda Solat Maghrib dan Isyak di sana dengan satu kali Azan dan dua kali Iqamah, namun Baginda tidak bertasbih sama sekali.

Rasulullah tidur sampai terbit fajar. Lalu Baginda Solat Subuh ketika Baginda yakin bahawa waktu subuh telah tiba dengan sekali Azan dan Iqamah.

Kemudian Baginda menunggang unta sampai tiba di Masy’ar Al-Haram. Lalu Baginda menghadap kiblat lalu Solat Subuh lalu berdoa, bertakbir, bertahlil dan membaca kalimat tahuid. Baginda berdiam di sana sampai kelihatan warna kuning di sebelah timur menandakan matahari akan terbit.

Rasulullah berangkat sebelum matahari terbit dan membonceng Al-Fadhl bin Abbas di belakangnya sampai tiba di pertengahan Muhassir. Kemudian Baginda berjalan sedikit dan melalui jalan tengah yang mengarah ke Jamrah Al-Kubra sampai Baginda tiba di Jamrah Al-Kubra yang terletak berhampiran pokok. Rasulullah melontarnya dengan tujuh biji batu dari lembah sambil Baginda membaca takbir pada setiap lemparan kerikilnya.

Kemudian Rasulullah menuju ke tempat penyembelihan binatang korban. Di sana Baginda menyembelih 63 unta. Selepas itu Baginda memberikannya pula kepada Ali dan Ali menyembelih bakinya dan menemaninya dalam pembahagian. Kemudian Rasulullah memerintahkan supaya lembu-lembu tersebut dipotong-potong dan di masukkan ke dalam periuk lalu dimasak. Kemudian mereka berdua (Nabi dan Ali) memakan dagingnya dan meminum kuahnya.

Kemudian Rasulullah berangkat dengan menunggang unta menuju Makkah untuk Tawaf Ifadhah dan Solat Zuhur di sana.”

Jabir berkata, “Kemudian Baginda mendatangi kaum Bani Abdul Muththalib. Waktu itu, mereka sedang minum di Zam-Zam. Lalu Baginda berkata, “Berhentilah wahai bani Abdul Muththalib. Seandainya bukan kerana orang-orang memenangi kamu terhadap minuman kamu maka daku nescaya daku akan pergi bersama kamu.” Lalu mereka memberikan Rasulullah gayung lalu Baginda minum darinya.” (HR. Muslim dan Ahmad)
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه
http://shafiqolbu.wordpress.com

0 komentar:

Posting Komentar

◄ Posting Baru Posting Lama ►
 

Sidebar One

Followers

Blogger templates

Silakan Paste Kode Buku Tamu yang sudah di kopi tadi Di Sini

Copyright © 2012. ARMINAREKA BEKASI - All Rights Reserved B-Seo Versi 5 by Blog Bamz